Alhamdulillah,
Baru berkesempatan nak update hasil kerja pertama dari Juki MO-50e.
Kebetulan waktu terima Juki MO-50e, hari jadi emakku,dah hampir. 27hb 3, terpaksala letak misi menjahit baju kurung untuk emak as top priority. 2 hari tidur satu pagi. sebab siang kerja. jauh lak tu opis aku dr rumah. huhu
Disebabkan terlalu gagahkan diri nak menjahit di kala kepenatan, lagi banyak kecuaian dan kesilapan berlaku. huhu. banyak kali kena tetaskan balik benang sebab tersalah jahit.
Kesimpulannya, nak jahit baju perlukan rehat yang cukup dan mesti tenang setenang air yg tiada gangguan. hehe.
Inilah hasil baju kurung pertama yang di jahit oleh aku. :)
Best Juga ada mesin jahit sendiri kat rumah.
Sebelum ni selepas potong kain, kena antar kedai baru jahit. Sekarang x perlu.
Tapi yang paling best, hasil baju lagi puas hati sebab boleh jahit sambung then bari jahit tepi. so hasil lagi kemas. dah macam kedai. hehe
dan bagi sesapa yg pernah jahit baju kurung, cabaran yang paling mencabar selepas cantum pesak pada kain baju, bahagian bawah mesti x align. so dengan adanya mesin jahit tepi sendiri, kita boleh potong balik guna mesin tepi dan hasil lagi kemas.
Sekarang baru ada confident nak ambik upah jahit. hehe
Disebabkan terlalu kejar masa nak hantar baju ni, terlupa nak ambik gambar hasil jahit tepi dengan mesin Juki MO-50e.
InsyaAllah akan datang saya upload gambar hasil jahit tepi baju dan tudung.
Anyway, saya memang puas hati ngan Juki MO-50e.
Alhamdulillah
Isnin, 28 Mac 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan