sejak pindahkan mesin dryer aku ke laundry room yang baru, MCB aku kerap trip.
Apabila aku check, Amp dia hanya 6A. so aku kena la gantikan dengan fius baru yang Amp lagi besar.
Sini aku akan kongsikan cara-cara tukar fius tu. harap membantu pembaca
Inilah rupa fius tu. 20A.
satu baru RM 5.50.
kalau upah orang pasang paling kurang RM 50
Alat-alat yang diperlukan,
test pen (wajib)
screw driver (aku guna screw driver elektrik aje)
MCB
Langkah pertama, buka casing luar dengan screw driver.
macam casing aku ni, hanya ada 2 screw aje
inila rupanya selepas dibuka.
AWAS: pastikan anda tak tersentuh mana-mana kabel tanpa ada proper insulation.
nak selamat, turunkan master fius.
gambar setelah aku Berjaya cabut satu fius.
kalau nak buka fius ni, longgarkan screw atas fius: yang ikat kabel atas,
longgarkan screw bawah yang ikat copper plate,
dan tarik locking mechanism yang ada pada fius tu. Kemudian cabut keluar fius
AWAS: hati-hati dengan copper plate yang terdedah tu
nak selamat, turunkan master fius.
kabel putih dan merah tu yang masuk/kena ikat dengan screw bahagian atas fius
copper plate dicabut. (semua screw bahagian bawah fius aku longgarkan)
Pastikan main fuse dah ditutup.
nak lagi selamat, double check dengan test pen untuk pastikan tiada arus elektrik.
tujuan aku cabut copper plate ni sebab, hujung copper plate dah rosak, jadi aku kena pindahkan ke kiri sikit.
tempat screw yang ikat copper plate.
Ni gambar setelah fius dihidupkan. ada arus elektrik pada screw di bahagian bawah
PS: kalau master fius dalam keadaan off - tiada arus di bawah
tempat screw yang wayar life.
Ni gambar setelah fius dihidupkan. ada arus elektrik pada screw di bahagian atas
PS: kalau fius ni dalam keadaan off - tiada arus di atas
Selesai...
tak perlu anda takutkan nak buat kerja ni,
kalau anda matikan main fius.
dan copper plate dan wire diikat dengan kemas.
Sekian..
0 ulasan:
Catat Ulasan