Perkembangan semasa progress renovation dapur aku untuk aktiviti semalam (5.5.2016)
Lepas balik kerja, aku tengok dapur aku.
STRESSS
sebab finishing totally out.
In positif side, kontraktor aku siapkan gakla. Ade buat kerja separuh jalan. cuma finishing out.
huhu, mata kita ni dah dilatih untuk cari kesalahan design dan finishing kerja, yela dah nama pun senior industrial designer, So laju ajela Nampak ketidak sempurnaan hasil kerja kontraktor aku.
nampakla hasil kerja yg x cantik untuk rumah sendiri, mmg stress abis. nak tutup sebelah mata pun x boleh.
huhu
Tile Nampak ketara senget. cari punca nape senget,
Simen yang kontraktor naikkan tu dibuat x selari dengan dinding.
Tile 2 warna berlainan.
Punca, kedai bagi tile warna x sama, orang rumah yang belikan.
Tapi kontraktor ni pun satu, bagi la tau warna x sama.
Tile di sinki, yang kecik tu x berada tepat di tengah2.
Nampak offset
ketara sangat warna x sama.
waktu pilih yang awal-awal haritu, aku ambik yang cerah. tapi kedai bagi yang gelap.
yang cerah tu lg cantik dan Nampak lebih luas kalau pasang jubin tu.
Penutup Lubang dah siap Tile
Lampu belakang rumah dah dipasang.
Semalam punya cerita memang stress sangat sangat sebab finishing.
Alhamdulillah,
kat office ada kawan yang pandai bab tile.
Dia kata boleh buka satu persatu.
Lega sikit dengar.
Esok nak deal balik ngan kontraktor untuk betulkan balik tile dan luruskan balik kat bawah table top.
Huhu,
Disebabkan terlalu marah, terlupa nak ambik gambar sebelum pindahkan barang dapur.
Kena kawal emosi.... bahaya kalau emosi amarah menguasai diri kan...
Sekian...
0 ulasan:
Catat Ulasan