Isnin, 16 Mei 2016

Tukar pelampung tangki Air di bumbung

Assalamualaikum,

Kali ni aku nak kongsi pengalaman tukar pelampung tangki air,
Rumah yang aku duduk sekarang ni dah berusia 16 tahun.
2  bulan lepas aku perasan selalu ada bunyi air mengalir di bilik air ke-2.
Tapi aku x buka paip air tu.
Aku pun checkla dari mana datang bunyi tu.
aku perasan di penghujung bucu bilik air, ada satu lubang kecik di tile dinding, apabila aku teropong
ke dalam lubang tu, memang ada air mengalir.
Langkah penyelesaian paling cepat, aku tutup ajela paip yang ke tangki air.

Tapi....., bunyi air masih ada. rupa-rupanya valve paip tu pun dah rosak. huhu.
Setelah berbincang dan minta pendapat dari kawan-kawan dan jiran, punca air yang mengalir tu adalah dari saluran paip limpah. kemungkinan besar getah pada pelampung dah rosak. Yelah dah 16 tahun, mestilah getah tu dah haus.

upah panggil orang untuk baiki ni RM 150. Erm... xpela. baik aku buat sendiri. pelampung tu baru rm 35 dan white tape 60 sen.
inilah rupa pelampung RM 35

takut gak nak buat sendiri, yela kena panjat loteng. dahla tak ada pengalaman. tapi nak jimat kos juga, aku beranikan diri juga. setiap rumah teres, mesti ada satu pintu kat siling untuk ke loteng. hanya perlukan tangga panjang. nasib baik kontraktor aku tinggalkan sementara tangga panjang dia. aku pinjamlah sekejab.

Dengan kalimah bismilah, aku pun panjat ke atas dengan berbekalkan head lamp. waktu mula memanjat 630 petang. setalah panjat, rasa takut hilang, malah rasa seronok. yelah, pengalaman baru.
Aku pun apa lagi, buat site visit kat atas tu sampai lupa tujuan utama. abis semua kawasan aku pergi sambil tu aku check kalau-kalau ada lubang kat dinding dan genting.
 

pemandangan atas siling rumah aku
nak jalan atas ni, pastikan anda hanya pijak dinding batu atau kayu utama aje.

pemandangan atas siling rumah aku
wayar berselerakan

dinding rumah sebelah

pemandangan atas siling di bahagian dapur

Lampu LED aku yang baru dipasang

melihat macam mana kerja-kerja penyambungan wayar lampu LED.
biar tengantng macam tu aje.
 
Setelah puas pusing-pusing.
Pukuk 650 petang aku start misi utama.
 
inilah rupa tangki air rumah aku
 
Saluran paip utama tangki air
 
paip besi ni adalah saluran paip utama dari paip luar.
kat bahagian bawah tangki ni ada 2 paip berserta valve.
Satu paip ke bilik air master bedroom
Satu paip lagi ke bilik air di ruang tamu
 
Aku pun buka penutup tangki air. Berat gak
 
air masih mengalir

Pelampung lama
 
aku main-main pelampung tu, aku tolak ke atas, sepatutnya pengalairan air akan berhenti,
tapi sebaliknya berlaku. air keluar lagi banyak.

Itulah lubang saluran paip limpah.
 
tunjuan saluran paip ni, kalau pelampung tangki rosak macam kes aku, air dia akan keluar ikut saluran paip limpah ni.
kalau saluran ni xde, tangki aku akan penuh air dan melimpah keluar, maka akan basah lah siling rumah aku lalu meroskkannya. 

paip limpah bersambung dengan 'drainage pipe'
 
untuk memudahkan kerja, aku tutup saluran air utama di luar rumah.
Kemudian aku buka valve 'drainage pipe' untuk membuang air dalam tangki sehingga di bawah paras air maksimum.
Kemudian, aku buka pelampung lama gunakan playar paip. lama gakla aku perlukan masa, yela, paip tu dah lama sangat.
Kemudian aku ambik pelampung baru, balut dengan white tape kat bahagian thread, kemudianaku pasang.

Gambar setelah siap pasang.
Air tengah mengalir

Aku tolak pelampung ke atas, air x mengalir.
ini menunjukkan misi penukaran pelampung baru dah Berjaya.
Tepat pukul 720 ptg. hanya 30 minit untuk orang amatur macam aku buat
Alhamdulillah

dalam masa sama, aku tengok kualiti air dalam tangki,
Alhamdulillah, x perlukan misi pembersihan. hehe

ni kualiti air yang aku cedok dari tangki air. agak jernih dan x kotor.
 
Keesokkannya aku check lagi perkembangan di bilik air, Alhamdulillah dah xde bunyi air mengalir, malah isu basah di store baru pun dah hilang. mungkin paip limpah yang bocor. tu sebab store belakang selalu basah dulu.
 
dan yang paling penting, Aku jimat RM 115 sebab buat sendiri. hanya perlu luangkan masa 30 min aje.
 
Sekian...
 
 




Unknown

Author & Editor

Merupakan seorang Suami dan ayah kepada 2 orang anak lelaki dan berkerjaya sebagai design engineer. Mempunyai banyak pengalaman dalam RnD di pelbagai syarikat tetapi lain industri seperti kipas, Boiler, Incinerator, Furniture hotel 5 bintang, dan sekarang Subsea. Suka melakukan pelbagai benda tanpa menghadkan kebolehan diri. Memulakan penulisan blog adalah untuk suka-suka seperti menulis diari. Disebabkan saya berlatar belakangkan design engineer, penulisan saya agak straight to the point. xde berbunga sangat.

10 ulasan:

  1. Tq bro tlg xplain dr a-z mslh ni. Aku pun alami benda yg sama. Cuma mslh besar dia tiap kali air melimpah, sepatutnya melimpah dlm tandas..ini bilik tdur aku jd mngsa.

    BalasPadam
  2. Tq bro tlg xplain dr a-z mslh ni. Aku pun alami benda yg sama. Cuma mslh besar dia tiap kali air melimpah, sepatutnya melimpah dlm tandas..ini bilik tdur aku jd mngsa.

    BalasPadam
  3. Aduh bro. Aku da terkejut beruk ptg tadi upah organisasi tukar sekali rm 250. Gila punya mahal. Ingat dlm rm 80 -90 gitu. Menyesal x tukar sendiri. Da rasa terkena baru carik harga sebenar pelampung n tebace blog bro.haha. tobat xpanggil org tadi

    BalasPadam
  4. as'salam...ialah ak pun mngalami mslh yG sama,first ak syak valve nye?daH tkr dah,pun msih licking lgi..hurm ni gaknye nk kne tkr 1set nie..mngkin btul kta awK nk kne tkr set plmpung

    BalasPadam
  5. sorry nk tnya, apa jd sekiranya delay utk baik pulih masalah bole pelampung tangki tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pembaziran air / bil bulanan menjadi lebih tinggi berbanding pelampung yang tidak rosak. sentiasa akan ada lebihan air yang keluar melalui overflow pipe, dan jika Overflow Pipe tidak berada dlm keadaan sempurna boleh mengakibatkan banjir / kebasahan di kws siling rumah

      Padam
  6. Terima kasih abg..info yg berguna..

    BalasPadam
  7. saya nk tanya tengki air rumah jiran saya air x naik atas..sedangkan saya dah tukar pelampung dan dah siap pesan semua tapi air x naik tangki?

    BalasPadam

 
biz.