Rabu, 4 Mei 2016

Renovate dapur episod ke 18

Assalamualaikum,

Aktiviti semalam, (4.5.2016, Selasa)

Tile lantai dan dinding x cukup. nak minta kedai hantar x boleh sebab nak order sedikit, lagipun lori dia xde kekosong semalam. nak minta kontraktor belikan x boleh, sebab dia hanya ada motor.
huhu

Terpaksala aku cuba luck utk pujuk kedai tu untuk tunggu aku selepas dia kerja.
Aku dah x larat nak makan luar, yela dapur x siap. Nak siapkan cepat, aku kena dapatkan tile hari ni gak. Akhirnya kedai tu setuju untuk tunggu sampai pukul 730.

tapi dalam masa sama, minta bantuan isteri. nasib baik dia abis kerja awal. pukul 150 ptg dah boleh balik. dia pun ok je nak tolong belikan.

Plan A, beli aje jubin kat kedai lain. Berjaya jumpa satu dalam perjalanan balik ke rumah. tapi tile yang kami nak xde.

Plan B, kena g kedai sama di Kapar. jauh tu wife aku nak drive dari sungai Buloh ke Kapar. Alhamdulillah wife aku Berjaya sampai tanpa sesat. misi dapatkan tile Berjaya. tq saying. hehe
Sian wife aku kepenatan drive jauh.

Selepas kerja macam biasa, aku akan ambik gambar progress renovation.
ni gambar hasil kerja kontraktor untuk hari ni.

Table top tile dah dipasang 90%
 
Pemandangan dari dapur lama 
 

Sinki dah dipasang.
Stove belum lagi.
Sedikit sedih sebab kat sinki tu ada kecil yang disambung x simentri.
Sakit mata. huhu
 
ni gambar table top. berkilat macam cermin walaupun berhabuk.
yela baru lagi
 
Bahagian store, lantai dah siap skirt
cat dah siap touch-up

dah nak hampir siap lantai, tinggal skirting aje 
 

Suis dah siap plaster dan cat
Paip untuk mesin basuh dah siap
Lubang air untuk mesin basuh dah siap
Penutup lubang air kalau banjir pun dah siap
 
Lubang ventilation dah siap plaster dan cat
 
Sekian...

 

 


Unknown

Author & Editor

Merupakan seorang Suami dan ayah kepada 2 orang anak lelaki dan berkerjaya sebagai design engineer. Mempunyai banyak pengalaman dalam RnD di pelbagai syarikat tetapi lain industri seperti kipas, Boiler, Incinerator, Furniture hotel 5 bintang, dan sekarang Subsea. Suka melakukan pelbagai benda tanpa menghadkan kebolehan diri. Memulakan penulisan blog adalah untuk suka-suka seperti menulis diari. Disebabkan saya berlatar belakangkan design engineer, penulisan saya agak straight to the point. xde berbunga sangat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
biz.