Ahad, 22 Mei 2016

Pasang Rail langsir

Assalamualaikum,

Kali ni aku nak kongsi ilmu DIY yang x seberapa.

Pasang Rail langsir di dapur.
X kisahlah nak pasang rail kat dapur ke, bilik ke, ruang tamu ke, cara dia tetap sama.
hehe.
Tapi sebelum tu kena lah beli barang2 dia dulu.
1)Rail langsir 4' (lebar tingkap aku 4'). Nasihat aku, kalau nak beli rail ni, jangan pergi kedai yang jual langsir. mahal. bayangkan satu set harga rail RM 20. aku beli kat kedai hardware aje. RM 20 aku dapat 2. murah kan.
Kalau sesiapa xde pengalaman, pergi aje kedai hardware, kata aje nak rail langsir. pastu beli la sekali wall plug dan screw dia. Nak selamat, beli lebih dia punya roller putih langsir. satu baru 5 sen. Pekerja kedai hardware mesti tolong punya. kita jadi bos sat, arahkan kuli kedai tu cari barang untuk kita walaupun kita x tau nama specific barang. haha. Sebab aku selalu g kedai hardware aku minta specific barang walaupun x tau apa barang, cam - aku nak drill bit untuk tile atau drill bit siz wallplug. nanti dia bagila. apa susah2. lagi cepat dapat jawapan dari kita cari nama kat buku atau internet.

Okla, patah balik, setelah dah beli barang2, dengan kalimah bismillah, aku mulakan operasi

Barang2 dah ready untuk dipasang.

Drill ni dah berusia 6 tahun. brand skill. Alhamdulillah
Dulu beli x sampai RM 250. sesuai untuk kegunaan rumah

Mula2 aku masukkan drill bit dan penanda. kemudian aku samakan level hujung kedua-duanya.

Pastu aku ukur wall plug.
hujung wall plug kat no 11

So aku masukkan lagi kedalam penanda tu sampai no 11.
Kemudian aku mulakan drill. Tujuan penanda ni adalah sebagai indicator bila nak berhenti waktu drill. kalau xde penanda ni, kita x tau dah cukup dalam ke x lubang drill yang kita buat.
Dah siap setting, aku pun drill dan berhenti apabila dinding kena penanda aku.
Jangan lupa, tanda siap2 kat dinding kat mana nak drill.

Kemudian aku masukkan wall plug.
X akan amsuk abis, sebab saiz lubang kecik sedikit

Kemudian gunakan hammer, ketuk aje sampai masuk abis ke dalam.
abaikan comot tu ye. hehe
sepatutnya x kan comot

Kemudian ambik penyangkut rail, screw kan aje kat wall plug

kemudain, ambik rail, masukkan pada slot penyakut dan screwkan
dah siap.
 
aku check balik rail aku guna water level, Alhamdulillah, Cun
 
Sekian

Unknown

Author & Editor

Merupakan seorang Suami dan ayah kepada 2 orang anak lelaki dan berkerjaya sebagai design engineer. Mempunyai banyak pengalaman dalam RnD di pelbagai syarikat tetapi lain industri seperti kipas, Boiler, Incinerator, Furniture hotel 5 bintang, dan sekarang Subsea. Suka melakukan pelbagai benda tanpa menghadkan kebolehan diri. Memulakan penulisan blog adalah untuk suka-suka seperti menulis diari. Disebabkan saya berlatar belakangkan design engineer, penulisan saya agak straight to the point. xde berbunga sangat.

3 ulasan:

  1. terbaiklah bang... saya pun sekarang sambil2 ambil upah drill dinding utk pasang langsir, bidai dll...

    BalasPadam
  2. Area puncak alam, kerja2 pemasangan rail langsir, mengantung perhiasan dinding, memasang kelengkapan elektrik, sedia berkhidmat hubungi 0193783577 (run) hawz venture

    BalasPadam

 
biz.