tiba-tiba aje nak kongsi benda yang aku buat bersama keluarga aku.
Sabtu lepas aku buat kelainan, aku bawa keluarga aku sarapan pagi bukan di tempat biasa.
aku bawa ke Jalan Ramlee Meru.
tempat ni dekat dengan Puncak Alam. hanya 5 minit.
sampai ke kedai tu sarapan dalam 30 min. 8.00 hingga 830.
kemudian aku bawa keluarga aku naik kereta.
dan inilah aktiviti utama aku. bawa kereta perlahan-lahan dengan harapan akan jumpa sekumpulan monyet liar. Alhamdulillah misi Berjaya.
Seronok anak-anak aku tengok telatah monyet dari dalam kereta yang ber-aircond.
jimat, x perlu beli tiket dan x perlu nak menapak.
hehe
Parking kereta di tepi jalan.
Sekumpulan monyet liar baru keluar dan menghala ke arah bertentangan dengan laluan aku
Gambar ni diambik dengan menggunakan kamera Lumix, Panasonic. 20x zoom
monyet-monyet ni baru nak turun dari kabel
Laju monyet ni lari atas kabel
usha kawan-kawan dia yang masih dalam hutan
Nampak tak di mana dia
monyet ni menunjukkan muka dia
Selamber je monyet ni naik dan turun kat tiang batu TnB
lepak atas dahan
anak monyet lepak atas pembahagi jalan
Sekian
0 ulasan:
Catat Ulasan