Ahad, 22 Mei 2016

Juki MO-50e - tapak Blind Hem/Lace foot

Assalamualaikum,
Kali ni aku nak kongsi hasil 'try and error' tapak mesin jahit tepi yang aku dah beli.
ada 6 jenis tapak yang aku dapat.

Untuk percubaan pertama, aku cuba tapak "Blind Hem/Lace foot"
Aku suka feature tapak ni, sebab dari hasil tapak ni, kita boleh jahit tepi dan kelim dengan sekali jahit aje.
 

Kalau kebiasaan, kita akan jahit tepi dulu, kemudian baru jahit kelim. Tapi ni x perlu.
Bunyi macam jimat masa dan menarik kan. tapi kena cuba dulu baru tau.
So dengan kalimah bismillah aku mulakan percubaan aku ni.

Mula2 aku buka manual. yela, kalau tengok tapak aje, aku x tau macam mana nak guna. Aku pun curious, macam mana la dia boleh jahit tepi dan kelim serentak. Ni manual dia. Follow aje amnual dia. jangan pening-pening.
manual
Definisi wrong side tu adalah bahagian dalam akin. yang orang x kan nampak. lebar kelim lak, kita boleh tentukan berapa lebar kita nak. lagi tinggi skill kita lagi kecil kelim kita buat. dah buat nanti, korang akan tau punya.
 

Selepas siap jahit, bawa keluar dari tapak mesin
Kemudian tarik kebawah aje kain kelim tu.
Hasil baru kuar dari tapak
 
inilah hasil dia. dari gambar x Nampak jahitan tu. so okla
tapi bagi sapa yang cerewet, confirm dia nak jahit tepi dan kelim berlainanan.
 
yang bestnya, selepas saya beli tapak ni, saya dah dapat kerja, alter jubah perempuan kat kain bawah.
tak susah pun, potong kat bahagian bawah, tapi buat curve sikit, kemudian guna aje tapak ni.
dapat upah untuk 3 helai jubah, potong dan jahit tak sampai 2 jam. dapat RM 5 x 3 = RM 15.
rezeki, Alhamdulillah. kerja KFC sejam rm 4. ni RM 7.50 sejam. hehe
 
tengah potomh kain jubah. pakai Olfa cutter. senang.
 
Sekian...
 
 

Unknown

Author & Editor

Merupakan seorang Suami dan ayah kepada 2 orang anak lelaki dan berkerjaya sebagai design engineer. Mempunyai banyak pengalaman dalam RnD di pelbagai syarikat tetapi lain industri seperti kipas, Boiler, Incinerator, Furniture hotel 5 bintang, dan sekarang Subsea. Suka melakukan pelbagai benda tanpa menghadkan kebolehan diri. Memulakan penulisan blog adalah untuk suka-suka seperti menulis diari. Disebabkan saya berlatar belakangkan design engineer, penulisan saya agak straight to the point. xde berbunga sangat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
biz.