Untuk meraikannya aku tekad untuk
bercuti di Pulau untuk merasa pengalaman snorkeling dan lihat air laut yang
jernih buat pertama kalinya.
Berkat kesabaran aku menabung RM 150 sebulan dan upah menjahit, cukuplah dana untuk aku bawa isteriku bercuti. Anak-anak? Tinggalkan kat rumah nenek dorang. Anak-anak pun suka sebab ada sepupu kat situ. Hehe. Consider as honeymoon
Hari yang aku pilih untuk bercuti terpaksalah pada hari cuti sekolah aje. Yelah, isteriku aku ni cikgu. Huhu. Mahal sikitlah.
Hujung bulan 4 aku baru start nak book pakej di Pulau Redang, Sebulan sebelum tarikh bercuti. Huhu, selepas 3 hari dr tarikh aku mesej agen,Aku dapat berita x best. Semua agen kata dah fully book.
Kemudian isteri aku bg cadangan
ke Pulau Perhentian, sbb kawan-kawan dia kata situ lagi cantik.
Jeti dan pantai Pulau Perhentian
Jadi
keesokkannya aku mulakan operasi mencari pakej.
Aku search
Pulau perhentian di Facebook. Aku pun mesej random mana-mana yang aku jumpa.Dapatlah feedback 3 orang. Dan masih ada kosong. Alhamdulillah.
Setelah book dan buat pembayaran, aku mulakan next step, baca blog orang apa yang perlu dibuat di sana.
Kesimpulan
yang aku buat dari bacaan blog:
1)
Bawa duit lebih untuk makan sbb kat Pulau x ada mesin ATM.
- Aku x ambik pakej makan. Sbb RM 100 satu
kepala. Lagipun aku nak merasa Makanan Pulau lain-lain tempat. Ingat, makanan
di pulau mmg mahal berbanding di darat. Yela mereka perlukan boat untuk mengambil
makanan. Ada extra cost di situ. Jadi kita sebagai pelawat kenalah faham.
Lagipun waktu musim Monsun mereka kena berehat 3 bulan. Xde income. So,
janganlah berkira sangat dengan mereka.
2)
Bawa sunblock
- aku serahkan aje pada bini aku
untuk beli. Aku x pakai pun. Lelaki jadi hitam xpe. haha
3)
Bawa Seliper
- wajib ni
4)
Bawa Contact Lense bagi orang rabun cam aku. Guna untuk snorkeling
- Aku rabun jauh dan silau. Kalau nak buat contact lense yang khas untu
silau RM 250. Ada 10 pasang. Erm….. Nasib baik aku pergi kedai cermin mata
Norsuhaila Puncak Alam fasa 2, kedai ketiga yang aku servey. Pekerja dia bagi
cadangan bagus sbb aku hanya nak guna sekali aje. Pekerja dia tolong setup
cermin mata ikut power aku, tanpa power silau dan minta aku pakai. Dan hasil
dia, aku masih boleh Nampak dan boleh baca benda yang jauh Cuma kurang selesa
sikit. Tapi masih membantu penglihatan walaupun tanpa power silau. Dia
cadangkan guna contact lense biasa yang beharga RM 20. Jimat banyak. Semoga
kedai cermin mata ni murah rezeki dan kekalkan keihklasan berniaga dan kekal
selamanya.
5) bawa kayu
selfie dan sarung waterproof handphone
- disebabkan lagi sebulan, sempatlah
aku beli melalui Lazada atau Lelong. Memang jimat benyak berbanding beli di
kedai. X percaya? Korang boleh servey sendiri
6) Bawa
Panadol
- ni pengalaman aku sendiri. Aku
demam kat Pulau. Huhu. Kalau anda senang kena viral fever, bawa aje 2 papan
panadol.
7) Bawa Air
mineral
- Air di Pulau x ditapis. Dan air mineral atau
drinking water 2 kali ganda harga dari biasa, Aku demam disebabkan kena
infection sebab minum air x ditapis. Huhu. Hari ke-dua di Pulau baru perasan.
Sebab pelik gak nape aku demam on-off, on-off (viral fever)
ps:
pastikan anda guna backpack, x digalakkan bawa beg troley. Sbb lagi mudah,
lagipun korang akan Naik boat.
Sekian
0 ulasan:
Catat Ulasan