Selasa, 14 Jun 2016

Pulau Perhentian Hari pertama

Aku berhenti tidur pukul 5 buat kali kedua di RnR terakhir LPT. Di situla kami mandi dan solat subuh.
Kemudian aku teruskan pemanduan ke jeti Besut. Kami berhenti di kedai tepi jalan waktu perjalanan. 
Xde roti canai atau kuih muih. Huhu. Nasi putih berlauk aje. Haha memang aku x Makan lah.
Aku latah ayam kampung goreng ajelah.
Setelah bersarapan, aku sambung bawa sampai ke jeti Besut.
 
Sampai di Jeti Besut pukul 10 pagi, waktu tengah mencari parking, tiba-tiba kereta aku diketuk. Penunggang motor ketuk. Terkejut gak aku. Rupanya runner yang cari org untuk parking kat tempat dia. So, aku ikutla motor tu tu ke tempat parking yang tersembunyi. Cas dia RM 10 sehari. Total RM 30.

Setelah sampai, aku call agent untuk naik boat. Ticket tidak di berikan, hanya memberi no telefon Reimy, pemandu boat. Sebelum masuk Pulau kena beli ticket Pulau perhentian, RM 5 satu kepala. 'X termasuk dalam pakej.'

 
 
 
Setelah tunggu sejam, akhirnya boat kami sampai. 20 min gak baru sampai ke Pulau.
 

Pemandangan dari bot di Jeti Besut


Bye2 Jeti Besut

rasa excited apabila Nampak Pulau

 
Kami menginap di Fatimah Chalet. Kena tunggu satu jam gakla nak tunggu bilik kosong, huhu.
Dahla waktu sampai aku boleh demam.huhu. Kami pun lepak ajela kat gerai Fatimah chalet. nak jalan x larat. yela demam. hanya nikmati pemandangan indah dr sini.
Fatimah chalet betul-betul depan jeti

Bot2 mereka park betul di pantai. sini leh mandi.

Selepas dapat kunci, kami lunch then aku g tidur, sebab demam.
Alhamdulillah, petang tu dah sihat, kami berjalan2 di pantai depan kemudian Berenang di pantai depan.

Aku pakai goggle yang ada power waktu berenang. Memang bestla. Boleh Nampak ikan. Air pun jernih sangat. Memang best sangat.
 
gambar yang aku ambik waktu lepak petang
 

Pantai depan Fatimah chalet memang best lepak waktu nak magrib. tengok matahari terbenam.
 
Malamnya aku demam balik. So tido awal. Huhu. Bini aku terpaksa layan dvd la malam tu.
 
Sekian

Unknown

Author & Editor

Merupakan seorang Suami dan ayah kepada 2 orang anak lelaki dan berkerjaya sebagai design engineer. Mempunyai banyak pengalaman dalam RnD di pelbagai syarikat tetapi lain industri seperti kipas, Boiler, Incinerator, Furniture hotel 5 bintang, dan sekarang Subsea. Suka melakukan pelbagai benda tanpa menghadkan kebolehan diri. Memulakan penulisan blog adalah untuk suka-suka seperti menulis diari. Disebabkan saya berlatar belakangkan design engineer, penulisan saya agak straight to the point. xde berbunga sangat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
biz.