Rabu, 27 Julai 2016

minor upgrade ruang tamu - episod akhir dan 'Sebelum dan selepas'

Assalamualaikum,

lama x update blog ni. sibuk dengan urusan kerja.
Kenala utamakan yang mana wajib dulu.

kali ni just nak update gambar selepas minor upgrade ruang tamu.
cat sendiri tu. start selepas moreh hingga waktu sahur. buat sorang2. 4 hari gak la
tapi Alhamdulillah Berjaya siap sebelum raya. kepuasan buat sendiri tu memang best. dan yang paling penting. jimat.

cat gelap bahagia TV. untuk menyerlahkan TV.
langsir purple tu saya jahit sendiri.
pintu saya biar cat lama.

belakang kerusi saya gunakan light grey. warna yang hamper putih.
untuk pastikan kawasan ni Nampak luas

langsir dan pintu dibuka, Rasa luas sangat

wire casing di pasang simetrik agar Nampak kemas dan jadi sebahagian dari design dinding.
pasang sendiri gak. hehe

Dinding hijau 'striking' (lime green) dipilih untuk memberi kelainan.
dan menyerlahkan kawasan dining hall.
malah ia juga memberi rasa tenang dan lapang.

dinding laluan gunakan light grey untuk memberikan kesan ruang besar

pemandangan dari pintu masuk.
terasa lapang.
baju kurung tu saya jahit. letak disitu sementara untuk sesi fotograhi.
hehe

Laluan masuk ke bilik. di cat baru, lampu dipasang setelah 5 tahun duduk kat rumah ni,
almari dipindahkan ke sini. langsir purple tu saya jahit sendiri.
 
Sekian...

Selasa, 12 Julai 2016

Aksesori alatan jahit

Assalamualaikum,

kali ni saya nak kongsi sikit aksesori jahitan yang aku ada.
1) rotary cutter: dari kiri Olfa round cutter, Olfa rotary cutter, DIY rotary cutter
 
Bagi sesiapa yang pernah menjahit, mereka pasti akan mengalami kesukaran untuk potong kain kalu guna gunting. yela potong kain x macam potong keras. kain lembut. kita lukis lurus, tapi lepas gunting mesti x lurus.
 
stress woooo...
 
Alhamdulillah, selepas rajin membaca untuk selesaikan masalah mengunting kain, aku terjumpa alat2 di atas.
 
memang banyak membantu. jimatkan masa gak. dan yang paling penting, x stress waktu memotong.
harga Olfa, boleh check kat kedai online. tapi purata atas RM 80. mahal kan.. huhu
 
bagi sesapa yang x cukup bajet, boleh pergi ke kedai DIY, untuk beli cutter ni. baru RM 15. aku dah try, ok gak. cuma Olfa brand lagi selesa.
 
ps, rotary cutter utk potong kain yg lurus dan curve
Round cutter untuk potong bulat pada kain. biasanya eye lid langsir.

2) tapak kelim 1"

Tapak kelim ni aku beli online. tapak kelim ni untuk portable sewing machine. berbaloi beli. senang bila nak jahit kelim langsir. bila ada tapak ni, aku dah ada konfident kalau nak ambik tempahan. yela sebab hasil dari tapak ni memang kemas.

nanti ada kesempatan, saya akan kongsi  hasil gambar dari tapak kelim ni

sekian...

Office AHA Sembilan Enterprise - episod akhir

Assalamualaikum,

kali ni aku nak update gambar terbaru office AHA 09.
bertempat di dalam bilik stor lama rumah aku.
inilah working station aku
 
untuk jimatkan kos dan maksimumkan ruang di dalam bilik,
aku beli rak ni aje. papan paling bawah sama tinggi dengan ketinggian meja.
 
row 1: laptop, cameo cutter, pigment ink printer, laser jet printer
 
row 2: laminator, manual cutter, paper, etc
row 3: alatan menjahit
row 4: barang RC
 
tempat jahit di belakang workstation
 
meja lama dah diambik sebagai tempat jahit

Pemandangan penuh 
 

Pemandangan ke arah dinding pintu
aku gunakan balik rak dapur lama untuk letak kipas dan mesin heat press.
dalam cabinet tu boleh simpan barang-barang heat press

alamari dokumen.
2 pasang baju yang di tempeh masih belum siap. hehe
 
Sekian

 
 
biz.