Selasa, 26 April 2016

Projek kebun Pasu di belakang rumah

Alhamdulillah,
mendapat ilham dan semangat untuk membuat projek kebun di belakang rumah.
InsyaAllah selepas siap renovation dapur aku akan start berperingkat.

ada juga Tanya dan komen pada aku, Nape x buat aquaponik, hydroponic dll.
Bagi aku, aku prefer penanaman secara conventional. kena ada Tanah. Baja dan siram macam biasa.
Cuma aku gunakan pasu sahaja.
Secara teori, kawasan penanaman lebih senang diurus dan kemas.

Alhamdulillah, kawasan belakang rumah aku begitu luas. saying la kalau aku x memanfaatkan sebaik mungkin. dan disitulah aku akan susunkan pasu2 aku. Kalau Berjaya, insyaAllah akan banyak memudahkan orang rumah nanti, hanya buka pintu dapur, dah boleh ambik petik sayur2 dll.

antara cabaran utama selain dari kos, aku xde pengalaman atau ilmu penanaman langsung.
tapi aku pegang satu prinsip, kalau nak seribu daya.
Jadi aku akan rajin membaca dan menanya kawan2 la lepas ni.

Selain tu komitmen untuk siram pokok setiap hari. aku biasa kuar awal pagi dan balik malam. jadi mengalami kesukaran untuk siram pokok2. tapi dengan teknologi yang ada sekarang, aku boleh buat sistem penyiraman automatic. barang2 dah dibeli. cuma belum cuba lagi. Dari manual yang aku baca, boleh buat auto siram, 2 kali sehari. InsyaAllah panjang umur dan berkelapangan. aku akan kongsikan sistem auto siram aku.

Gambar hiasan


bawah ni antara senarai tanaman yang aku rancang nak tanam. Lepas ni aku nak kena baca cara nak jayakan proses ni.

Perancangan asal pasu telah dirombak selepas mendapatkan nasihat dari kawan yang dah ada pengalaman penanaman pasu.

Projek Kebun Pasu belakang rumah
Target 15~30 pasu
Auto siram
No Jenis tanaman Bilangan pasu Keutamaan utama Catatan
1 Pandan 1 1 Ambik depan rumah
2 Serai 1 1 Ambik dari Asri
3 Cili padi 1 2 Semai dari cili padi lama
4 Limau kasturi 1 2 beli di nurseri
5 Cili merah 2 2 Semai dari cili lama
6 Daun Pudina 1 3 Beli di Nurseri
7 Kari 1 1 Ambik dari depan rumah
8 Sayur - bayam 2 2 Semai
9 Sayur - terung cancel    
10 Sayur - tomato 2 4 Semai
11 sayur - pak choi(sawi putiih) cancel    
12 stevia 1 2 Beli dari nurseri / semai
13 daun sup 1 3 Semai
14 Sayur kucai 1 5 Semai
15 sayur kangkung cancel    
16 bawang putih 2 4 Semai
17 bawang merah 2 4 Semai
18 Sayur Kailan 2 5 Semai
19 Sayur kobis cancel    
20 sayur timun cancel    
21        
22        
23        
Jumlah Pasu 21
Ni blog yang aku akan rujuk selalu. Semoga murah rezeki tuan/puan punya blog


ref: http://mylittlevegetablegarden.blogspot.sg/2011/05/tanaman-dalam-pasu-sekali-imbas.html
dan
http://tanomkinotuan.blogspot.sg/2015/02/pokok-pudina-cara-dan-panduan-menanam.html
 

Unknown

Author & Editor

Merupakan seorang Suami dan ayah kepada 2 orang anak lelaki dan berkerjaya sebagai design engineer. Mempunyai banyak pengalaman dalam RnD di pelbagai syarikat tetapi lain industri seperti kipas, Boiler, Incinerator, Furniture hotel 5 bintang, dan sekarang Subsea. Suka melakukan pelbagai benda tanpa menghadkan kebolehan diri. Memulakan penulisan blog adalah untuk suka-suka seperti menulis diari. Disebabkan saya berlatar belakangkan design engineer, penulisan saya agak straight to the point. xde berbunga sangat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
biz.