Ahad, 24 April 2016

RC drift

Assalamualaikum

Kali ni nak kongsi antara benda kesayangan aku.
RC drift
dibeli pada tahun Disember 2013.
antara benda yang dah lama saya angankan untuk memilikinya
atas bantuan kawan dan nasihat beliau, saya sangat puas hati ngn kereta tersebut.

Body chasis: Yokomo DIB-rs
Servo: servox
ELC: lupa lak
motor: brang yokomo
Radio: Sanwa MT-4
sekarang setting gear ratio : erk, nanti aku check balik

 
Sebenarnya dah lama rehat dari drifting. sebab nak drift jauh. kat Puchong. aku lak duduk Puncak Alam.

gambar kenangan di trek Puchong. waktu ni drift atas karpet sebab ada tournament carpet dalam masa terdekat. terpaksala aku tukar tayar carpet. nasib baik aku bawa.
trek baru RM 4. drift sampai puas.
 
Anyway. Drift memang best. dan RC drift bukan mainan budak. tapi lebiih kepada teknologi dan skill.
 
Ingat lagi waktu pasang chasis. 3 malam tido lambat sebab nak pasang. lagi puas hati dari pasang Gundam. sebab ada spring, absorber. linkage dan lain-lain. banyak Mechanical element dalam RC drift ni. aku lak dari mechanical engineering. memang seronokla. dan sekarang ni kerja sebagai design engineer, banyak lukis component dan design components. rasa teruja bila pasang. sebab barang Yokomo ni dari Jepun. manual dia terlalu detail. walaupun manual dalam bahasa jepun, tapi masih boleh faham. drawing dalam manual dia banyak 1:1 scale. Teringat waktu kerja di RnD Panasonic dulu. Pemilihan screw amat teliti dalam manual. memang kagun dan respect hasil kerja orang Jepun. xde kerja sambil lewa.
 
Tapi aku rasa waktu pasang tu yang paling seronok. tapi time drift, stress wooo. susah nak drift dan control. apatah lgi aku jarang drift. Ni baru dapat kawan nak drift. Boleh start balik.
 
 
 
 
 
 

Unknown

Author & Editor

Merupakan seorang Suami dan ayah kepada 2 orang anak lelaki dan berkerjaya sebagai design engineer. Mempunyai banyak pengalaman dalam RnD di pelbagai syarikat tetapi lain industri seperti kipas, Boiler, Incinerator, Furniture hotel 5 bintang, dan sekarang Subsea. Suka melakukan pelbagai benda tanpa menghadkan kebolehan diri. Memulakan penulisan blog adalah untuk suka-suka seperti menulis diari. Disebabkan saya berlatar belakangkan design engineer, penulisan saya agak straight to the point. xde berbunga sangat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
biz.