Rabu, 28 September 2016

baju kurung pahang pertama selepas kursus

Alhamdulillah,

selepas balik kerja hari isnin, semangat menjahit x hilang.
lepas makan malam, saya terus panggil wife nak ukur badan.
saya terus lukis polar dan potong kain yang dapat dari kelas komuniti klang. 2 jam aktiviti.
tgh lukis Polar
 
Sentuhan terakhir polar. nak pastikan polar adalah tepat sebelum potong kain
 
kain dipotong

Keesokkannya saya sambung lagi selepas waktu kerja, jahit tepi dan cantum kan kain.
Alhamdulillah siap. 2 jam aktiviti gak. jadi total 4 jam.

Baju yang dah siap dijahit
 
wife kata selsesa dipakai. nnt dia nak cari kain, untuk aku jahitkan. huhu
 
Sekian...

Kursus Baju kurung Pahang di Kolej Komuniti Klang

Assalamualaikum,

Kali saya kongsi pengalaman saya jahit baju kurung Pahang.
 
Kali pertama saya jahit baju kurung Pahang ada waktu bulan Ramadan 2016. Orang rumah minta tolong jahitkan.

walaupun x pernah jahit baju kurung Pahang, tapi saya sahut cabaran tu.
saya google gambar polar dan buat.
Alhamdulillah, misi Berjaya, sempat dipakai pada 1 Ramadan walaupun ada banyak drama yg belaku semasa siapkan baju tersebut. kain x cukupla. tersalah potong dan apabila kat lengan sempit.

rasa x puas hati gak dengan hasil jahitan tu.
Alhamdulillah, etrjumpa iklan baju kursus jangka masa pendek baju kurung Pahang di Kolej Komuniti Klang. hanya RM 70. dengan lajunya saya register.

Tanggal 25 September aku g kelas tu. huhu.
Aku sorang je laki. tapi semngat nak dapatkan ilmu, tekadkan diri gak.

tempat yang selesa, ada dalam anggaran 8 mein portable dan 7 mesin industri. dan 3 mesin jahit tepi.
ada kawasan yg selesa untuk lukis polar dan potong kain. memang teramat selesa waktu belajar jahitan di sini. Cuma, ada masalah teknikal, apabila urus setia terambik peserta terlebih sorang.
So kurang satu mesin. Aku pun mengalah ajelah, lagipun memang target nak belajar teori. praktikal dah rajin

kelas dimulakan dengan cara ukur badan, dan ukur bahagian penting. tips diberikan waktu mengukur.
kena ukur dengan pasangan masing-masing. aku pula? hanya tengok dari tepi ajela. kang kalau ukur badan ppuan, kata menggatal pula. hehe

Kemudian, cikgu mengajar cara melukis polar.
Polar, kena lukis penuh sebelah badan baju, sebelum potong

Kemudian potong, susun balik untuk check balik.
potongan polar kena potong lagi untuk bahagian lengkung. sila baca nota dalam image kat kesimpulan.
 
Kemudian, cikgu ajar, cara potong kain dengan menggunakan polar.

Polar diletak atas kain, di cucuk jarum agar x lari.
kain kena lebihkan 1/2" untuk basi jahitan. dan 1" untuk bahagian pelipat.
 
 
yang kelakarnya, apabila dapat kain, aku terus minta kebenaran cikgu yang aku x nak potong kain. boleh x? hehe kain dia cantik. yela, saying, kalau aku potong, polar itu ikut ukuran peserta. nanti wife aku x leh pakai.
 
Nasib baik cikgu tu sporting.
 
last2 apa yang jadi time peserta potong dan jahit kain. aku tolong peserta2 lain ajar camne nak lukis polar, cara susun, cara nak jahit dan cara baiki kalau tersilap.
 
Alhamdulillah, sepanjang proses tu berjalan, aku lebih faham banyak benda. yela belajar dari kesilapan orang. dan cikgu pula amat bagus, menjawab kesemua persoalan aku tentang jahitan, termasuklah cara jahitan tepi untuk kain yang potongan melengkung.
 
 
inilah hasil nota (kesimpulan) yang aku buat dari kelas satu hari tu.
 
muka surat pertama
 
muka surat kedua

muka surat ketiga

 


Selasa, 20 September 2016

Baju kurung dan dokoh

Alhamdulillah,

satu lagi baju kurung dah siap dijahit.
kali ni agak cepat. satu hari je ambik masa untuk potong dan jahit.

Di sebabkan sekarang agak popular dengan dokoh, jadi kami pun beli gak. RM 12 ada 5 keeping.
ramai kawan-kawan saya kata dokoh ni x kuat. yela sebab hanya seterika.
Tapi saya nak gak cuba sendiri. Barulah boleh tahu ok ke tak.
hehe. degil kan.
tapi saya x guna seterika. saya guna heat press machine.

nilah hasil jahitan kali ni
Baju kurung yang dah siap dijahit

Sebelum dan selepas pasang Dokoh


Sekian

Isnin, 19 September 2016

Tikus, oooo tikus

Masalah tikus kat dapur,

emmmm
baru je minggu lepas dapat tangkap seekor, kelmarin terjumpa lagi seekor kat dapur. huhu
Semalam lepas kerja, pergola mencari perangkap tikus.

pergi Giant klang, xde, hanya jual gam tikus aje.
Lepas tu, aku pergi la ke kedai DIY pula.

ada jual perangkap tikus, . murah gakla, satu erangkap tikus yang jenis kotak besi tu RM 8 lebih.
Tapi, abis... huhu
jadi terpaksala aku beli yang jenis gam.
 

kertas gam tikus. beli camni senang dari beli gam tikus.
yela, kalau gam tikus, kena cari kotak lain, sapu gam. leceh. pastu bau gam kuat.
tapi jenis ni x berbau. harga pun ok. baru rm 3 lebih. kalau kecik, RM 2.50.
 
belakang kertas gam tikus.
memang x berbau gam dia.
balik je rumah, aku terus buka kertas ni, taburkan biskut, dan letak di laluan tikus

inila hasil tangkapan pagi tadi.
Misi Berjaya.
Ambik, bungkus dalam plastic dan buang,
 
Sekian.....

Bertukang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ahad lepas, 18 September aku Berjaya memujuk diri untuk bertukang. haha
peralatan (workbench, jig saw dan sanders) masih suci lagi. dah beli 4 bulan lebih, masih belum guna. hehe

kerja pertama: potong rail langsir, guna gergaji biasa je.
 
kerja kedua, potong paip gutter

kerja ketiga, pasang paip gutter

kerja ke-empat, potong kayu untuk pokok kesidang dan buat kayu penekan
tapi, x jadi guna jigsaw, sebab mata gergaji yg diberi tu bukan untuk kayu. huhu. nanti kena g beli

Sander. bising wooo alat ni. tapi mmg licin la kayu aku.
nak tentu kan tahap kelicinan, kena main dengan gred kertas pasir tau

gosok, jangan x gosok

kayu penekan aku dah siap.
kayu penekan ni diperlukan apabila nak menjahit nanti. waktu seterika.

Sekian...


Aksesori basikal

Assalamualaikum,

Dah lama aku x bersenam, sejak berhenti dari fitness first.
Aku dah terasa kesan berhenti dri bersenam, cepat penat, berat badan naik, lemau, dan yang paling x best cepat marah. huhu

so last week aku g gak walk in gym. bayar la RM 15. buat cardio. treadmill dan bicyle.
total cardio workout 40 min.

Puas hati. mmg badan rasa ringan dan cergas.

So berazam nak istiqamah balik bersenam.
Selain TRX (free style) aku kena maintain cardio. so aku akan gunakan balik basikal aku yang dah lama tersadai.

Dulu berhenti kayuh sebab, aku selalu sampai rumah dah malam, dan terlalu gelap untuk aku kayuh.
untuk atasi masalh ni, aku terpaksala beli aksesori basikal aku untuk tujuan keselamatan.

aku beli tail light dan torchlight dr Ali express.
Alhamdulillah, 10 hari dah sampai di meja aku.
antar dari China. cepat, sbb dia bgtau penghantaran akan ambik masa sebulan.
kalau nak beli dari Ali express, pastikan free delivery dan jangan lumpa bandingkan harga dengan kedai online tempatan.



barang di terima dengan baik

Apa lagi, aku terus try lampu ni di office.
Lampu LED di serta dengan laser line

Malamnya aku terus pasang pada pada basikal.
boleh Nampak cahaya garisan merah walaupun di tempat terang

Lampu depan pund ah siap di pasang,
masa untuk mengayuh.

Alhamdulillah, amat puas hati dengan lampu depan,
terang sangat

Aku park basikal di tempat gelap, aku tgk dr belakang.
huhu, memng gelap sangat, x Nampak basikal aku.
Dengan adanya lampu ni, insyaAllah pengguna jalan raya lain leh Nampak aku, terutamanya pemandu kereta.
bagus gak line merah tu, bagitau tu kelebaran basikal yang selamat.

Alhamdulillah, malam tu dapat aku kayuh 3 rounds. 20 min gak.
Amat puas hati. badan pun terus rasa segar.
thenbalik rumah, rehat sekejab, apstu sambung jahit. hehe
 
Sekian...

taman kecik depan rumah

Assalamualaikum,

Aktiviti petang bersama anak2 di hari Malaysia, 16 September adalah berkebun.
hehe.
jimat duit aku. yang penting aktiviti yang kita buat, semua enjoy.
anak2 aku pun enjoy bersama berkebun. yela benda baru dia dapat buat bersama ngan parents.
dan paling best bg anak-anak, sebab dapat main Tanah dan tanam pokok.

 
 
Small garden yang dah lama tertangguh projeknya.
dah jadi semak samun
 
Salah satu pokok kesidang aku tanam dalam pasu. saixz pasu ni mmg sesuai
 
anak sulung aku menambus lubang

Fokus...

inilah hasilnya..
Tunggu bulan depan lak, cam mana perkembangan pokok bunga.
Di celah2 pokok bunga yang baru di tanam, masih ada lagi pokok kari lama.

kayu di letak disekliling pokok Kesidang.
Pokok kesidang ni Wangi, dan kuat bau dia. pernah dulu terbau kat rumah kawan, macam bau orang masuk daun pandan.
tu yang aku cari sampai jumpa pokok ni.
tapi.... aku x tau bau tu dating dari bunga atau daun. huhu

 

Membeli pokok

Assalamualaikum,

Sempena cuti hari Malaysia, 16 September, saya mengambil kesempatan yang ada untuk membeli pokok-pokok untuk tambahkan lagi koleksi saya.

Kali ni Saya pergi ke Nurseri lain, Nurseri di sebelah highway Puncak Alam, atau highway Batu Arang.  waktu saya pergi sini ada 2 orang jaga. bukan orang tempatan.

orang pertama yang saya Tanya, semua xde. dia baru belajar bahasa melayu agaknya. tapi bila saya Tanya kawan dia, semua ada. huhu

 

Banyak saiz pasu ada dijual disini. harga pasu ni lg murah dari pasu plastic tau.
kalau saiz pasu kosong, saiz sederhana, baru RM 5.

Pemandangan di kawasan Nurseri

Pemandangan di kawasan Nurseri

Pemandangan di kawasan Nurseri.
Ada jual tanah, Baja dan racun gak.

Pokok jenis redup
 
Akhirnya saya beli gak. macam2 ada, hehe
 
yang penting pokok yang saya cari jumpa
1) Pokok kesidang (RM 10 x 3)
2) Pokok cili padi (RM 15)
3) Pokok limau purut (RM 10)
4) Pokok Pudina (RM 15)
5) pasu kecik yg cantik (RM 5)
 
Sekian...
 
 

Selasa, 13 September 2016

Setup office AHA 09

Assalamualaikum,

Seronok ada office sendiri, walaupun kecik, semangat nak beli barang-barang untuk kegunaan office lagi bertambah2, tapi bile dah beli banyak barang, pening lak macam mama nak storage.
haha.

Cam aku ada A1 cutting mat, beli sbb akan digunakan apabila potong kain. tapi masalahnya terlalu besar nak simpan.

So, terpakda aku tebuk lubang kat cutting mat ni, dan gantung pada dinding. hasilnya, Nampak cantik lak bilik office aku. kikiki
Cutting mat A1 dan pembaris selamat digantung.
 
Sekian....

Projek kebun ku...

Assalamualaikum, 11.9.2016, aku baru mulakan operasi memasang timer dan mencari pokok untuk projek kebun pasu aku.
 
Inilah Timer yang aku gunakan. terjumpa waktu buka Lazada.com
 
aku mulakan pasang di dalam bilik air. test run dulu. fahamkan dulu macam benda ni berfungsi. Dah betul-betul faham, baru pasang di tempat dia. kalau x, mau banjir rumah aku nanti.
 
Kemudian aku g ke hardware untuk beli kereta sorong dan Nurseri terdekat ngan rumah aku utk beli pokok dan Tanah. Giler semangat siap nak beli kereta sorong.
 
hehe.
 
beli yang basic je kereta sorong, RM 55. okla. yang penting, meet the purpose.
Kemudian aku beli di Nurseri:
 
1) pokok bunga (9 x RM 6) untuk  laman kecik depan rumah.
2) 2 pokok Lemon (RM 10 x 2)
3) 1 pokok limau kasturi ( RM 10 x 1)
4) 1 pokok Ciku (Rm 20 (harga asal RM 25))
5) Tanah yang siap Baja (RM 2 sebeg x 6)
 
waktu beli di Nurseri tu, sempat la mintta tips penjagaan pokok.
katanya:
1) pokok ada 2 kategori, jenis redup dan x. kalau jenis redup, kena letak bawah net
2) siram 2 kali sehari pun ok
3) Baja kena dalam 2 minggu atau sebulan sekali
4) pokok jenis limau aje yang ada serangan daun. so kena spray racun sebulan sekali
5) untuk masalah siput, ada racun siput. taburkan aje. sebulan sekali.
 
bunyi cam senangkan ttg penjagaan. kena try dulu.
 
Sempat gak Tanya, apa lagi pokok yang sesuai dalam pasu, rupanya dah macam2, durian, manga, petai dll. hehe. cam best je nak try nanti
 
Dalam masa sama, nak cari pokok kesidang, sbb Wangi, pokok cili padi dan cili hidup, tapi dah abis.
nanti nak cari limau purut lak, sbb daun dia leh guna utk masak.
 
kereta sorong baru aku dah dirasmikan

Pokok ciku yang dah siap berbuah. aku mmg suka buah Ciku

Pokok ciku ni mmg khas utk penanaman secara dalam pasu

Dah susun belakang rumah. sistem penyiraman pun dah siap pasang
tapi x ambik gambar. Aku buat 2 kali sehari. 2 minit sekali siram.

ni saya tgh cuba semai biji cili padi melalu bekas telur. Cuba ajela.
siram guna spray air je.
 
Sekian....
 
 

 

 
biz.