Selasa, 13 September 2016

Projek kebun ku...

Assalamualaikum, 11.9.2016, aku baru mulakan operasi memasang timer dan mencari pokok untuk projek kebun pasu aku.
 
Inilah Timer yang aku gunakan. terjumpa waktu buka Lazada.com
 
aku mulakan pasang di dalam bilik air. test run dulu. fahamkan dulu macam benda ni berfungsi. Dah betul-betul faham, baru pasang di tempat dia. kalau x, mau banjir rumah aku nanti.
 
Kemudian aku g ke hardware untuk beli kereta sorong dan Nurseri terdekat ngan rumah aku utk beli pokok dan Tanah. Giler semangat siap nak beli kereta sorong.
 
hehe.
 
beli yang basic je kereta sorong, RM 55. okla. yang penting, meet the purpose.
Kemudian aku beli di Nurseri:
 
1) pokok bunga (9 x RM 6) untuk  laman kecik depan rumah.
2) 2 pokok Lemon (RM 10 x 2)
3) 1 pokok limau kasturi ( RM 10 x 1)
4) 1 pokok Ciku (Rm 20 (harga asal RM 25))
5) Tanah yang siap Baja (RM 2 sebeg x 6)
 
waktu beli di Nurseri tu, sempat la mintta tips penjagaan pokok.
katanya:
1) pokok ada 2 kategori, jenis redup dan x. kalau jenis redup, kena letak bawah net
2) siram 2 kali sehari pun ok
3) Baja kena dalam 2 minggu atau sebulan sekali
4) pokok jenis limau aje yang ada serangan daun. so kena spray racun sebulan sekali
5) untuk masalah siput, ada racun siput. taburkan aje. sebulan sekali.
 
bunyi cam senangkan ttg penjagaan. kena try dulu.
 
Sempat gak Tanya, apa lagi pokok yang sesuai dalam pasu, rupanya dah macam2, durian, manga, petai dll. hehe. cam best je nak try nanti
 
Dalam masa sama, nak cari pokok kesidang, sbb Wangi, pokok cili padi dan cili hidup, tapi dah abis.
nanti nak cari limau purut lak, sbb daun dia leh guna utk masak.
 
kereta sorong baru aku dah dirasmikan

Pokok ciku yang dah siap berbuah. aku mmg suka buah Ciku

Pokok ciku ni mmg khas utk penanaman secara dalam pasu

Dah susun belakang rumah. sistem penyiraman pun dah siap pasang
tapi x ambik gambar. Aku buat 2 kali sehari. 2 minit sekali siram.

ni saya tgh cuba semai biji cili padi melalu bekas telur. Cuba ajela.
siram guna spray air je.
 
Sekian....
 
 

 

Unknown

Author & Editor

Merupakan seorang Suami dan ayah kepada 2 orang anak lelaki dan berkerjaya sebagai design engineer. Mempunyai banyak pengalaman dalam RnD di pelbagai syarikat tetapi lain industri seperti kipas, Boiler, Incinerator, Furniture hotel 5 bintang, dan sekarang Subsea. Suka melakukan pelbagai benda tanpa menghadkan kebolehan diri. Memulakan penulisan blog adalah untuk suka-suka seperti menulis diari. Disebabkan saya berlatar belakangkan design engineer, penulisan saya agak straight to the point. xde berbunga sangat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
biz.