Rabu, 28 September 2016

Kursus Baju kurung Pahang di Kolej Komuniti Klang

Assalamualaikum,

Kali saya kongsi pengalaman saya jahit baju kurung Pahang.
 
Kali pertama saya jahit baju kurung Pahang ada waktu bulan Ramadan 2016. Orang rumah minta tolong jahitkan.

walaupun x pernah jahit baju kurung Pahang, tapi saya sahut cabaran tu.
saya google gambar polar dan buat.
Alhamdulillah, misi Berjaya, sempat dipakai pada 1 Ramadan walaupun ada banyak drama yg belaku semasa siapkan baju tersebut. kain x cukupla. tersalah potong dan apabila kat lengan sempit.

rasa x puas hati gak dengan hasil jahitan tu.
Alhamdulillah, etrjumpa iklan baju kursus jangka masa pendek baju kurung Pahang di Kolej Komuniti Klang. hanya RM 70. dengan lajunya saya register.

Tanggal 25 September aku g kelas tu. huhu.
Aku sorang je laki. tapi semngat nak dapatkan ilmu, tekadkan diri gak.

tempat yang selesa, ada dalam anggaran 8 mein portable dan 7 mesin industri. dan 3 mesin jahit tepi.
ada kawasan yg selesa untuk lukis polar dan potong kain. memang teramat selesa waktu belajar jahitan di sini. Cuma, ada masalah teknikal, apabila urus setia terambik peserta terlebih sorang.
So kurang satu mesin. Aku pun mengalah ajelah, lagipun memang target nak belajar teori. praktikal dah rajin

kelas dimulakan dengan cara ukur badan, dan ukur bahagian penting. tips diberikan waktu mengukur.
kena ukur dengan pasangan masing-masing. aku pula? hanya tengok dari tepi ajela. kang kalau ukur badan ppuan, kata menggatal pula. hehe

Kemudian, cikgu mengajar cara melukis polar.
Polar, kena lukis penuh sebelah badan baju, sebelum potong

Kemudian potong, susun balik untuk check balik.
potongan polar kena potong lagi untuk bahagian lengkung. sila baca nota dalam image kat kesimpulan.
 
Kemudian, cikgu ajar, cara potong kain dengan menggunakan polar.

Polar diletak atas kain, di cucuk jarum agar x lari.
kain kena lebihkan 1/2" untuk basi jahitan. dan 1" untuk bahagian pelipat.
 
 
yang kelakarnya, apabila dapat kain, aku terus minta kebenaran cikgu yang aku x nak potong kain. boleh x? hehe kain dia cantik. yela, saying, kalau aku potong, polar itu ikut ukuran peserta. nanti wife aku x leh pakai.
 
Nasib baik cikgu tu sporting.
 
last2 apa yang jadi time peserta potong dan jahit kain. aku tolong peserta2 lain ajar camne nak lukis polar, cara susun, cara nak jahit dan cara baiki kalau tersilap.
 
Alhamdulillah, sepanjang proses tu berjalan, aku lebih faham banyak benda. yela belajar dari kesilapan orang. dan cikgu pula amat bagus, menjawab kesemua persoalan aku tentang jahitan, termasuklah cara jahitan tepi untuk kain yang potongan melengkung.
 
 
inilah hasil nota (kesimpulan) yang aku buat dari kelas satu hari tu.
 
muka surat pertama
 
muka surat kedua

muka surat ketiga

 


Unknown

Author & Editor

Merupakan seorang Suami dan ayah kepada 2 orang anak lelaki dan berkerjaya sebagai design engineer. Mempunyai banyak pengalaman dalam RnD di pelbagai syarikat tetapi lain industri seperti kipas, Boiler, Incinerator, Furniture hotel 5 bintang, dan sekarang Subsea. Suka melakukan pelbagai benda tanpa menghadkan kebolehan diri. Memulakan penulisan blog adalah untuk suka-suka seperti menulis diari. Disebabkan saya berlatar belakangkan design engineer, penulisan saya agak straight to the point. xde berbunga sangat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
biz.