Khamis, 26 Mei 2016

Renovate dapur episod akhir

Alhamdulillah,

renovate dapur aku dah lama siap. disebabkan terlalu sibuk mengemas, lupa nak update gambar.

Belakang rumah aku. Nampak kemas dah
 
Pemadangan belakang rumah. aku susun batu bata kat tepi longkang,
dengan harapan, kalau hujan, pasir x masuk longkang
 
Stor aku yang dah penuh barang

Laundy area

Langsir baru dah dipasang

Langsir ni dibuat labuh, boleh tutup ducting dryer aku sekali

Pemandangan kawasan laundry dari sinki
 
Pintu belakang ada palang besi untuk ekstra keselamatan
 
pemandangan Sinki aku

Langsir yang dijahit aku sendiri.
x buat labuh. Ikut ketinggian yang bini aku nak.

Dapur baruku

kawasan blend, oven dan microwave

Sinki baruku
 
Sekian....

 

 



 


Renovate halaman rumah episod akhir

Ahamdulillah,

26.5.2016, Khamis - dapat mesej dari kontraktor, renovation depan dah siap.
X sabar nak balik nak tengok rumah.

Ni gambar yang aku ambik keesokkan harinya
 

Amacam. warna dia.
Mula2 tengok macam segan sbb rare sangat utk outdoor.
tapi selepas 3 hari tgk warna ni, cantik sangat

Pemandangan dari sebelah kiri lak
 
Pemandangan dari dalam. bajet x banyak, so x pasang tile.
Yang penting simen habis.
Boleh anak2 main.
aku pun boleh layan buggy dan drift nanti.

Selepas renoavation, dah boleh masuk 2 kereta.
 
ni colour undercoat yang digunakan

ni colour cornage yang digunakan
 
ni colour utama yang digunakan
 
 
Sekian

Ahad, 22 Mei 2016

Pasang Rail langsir

Assalamualaikum,

Kali ni aku nak kongsi ilmu DIY yang x seberapa.

Pasang Rail langsir di dapur.
X kisahlah nak pasang rail kat dapur ke, bilik ke, ruang tamu ke, cara dia tetap sama.
hehe.
Tapi sebelum tu kena lah beli barang2 dia dulu.
1)Rail langsir 4' (lebar tingkap aku 4'). Nasihat aku, kalau nak beli rail ni, jangan pergi kedai yang jual langsir. mahal. bayangkan satu set harga rail RM 20. aku beli kat kedai hardware aje. RM 20 aku dapat 2. murah kan.
Kalau sesiapa xde pengalaman, pergi aje kedai hardware, kata aje nak rail langsir. pastu beli la sekali wall plug dan screw dia. Nak selamat, beli lebih dia punya roller putih langsir. satu baru 5 sen. Pekerja kedai hardware mesti tolong punya. kita jadi bos sat, arahkan kuli kedai tu cari barang untuk kita walaupun kita x tau nama specific barang. haha. Sebab aku selalu g kedai hardware aku minta specific barang walaupun x tau apa barang, cam - aku nak drill bit untuk tile atau drill bit siz wallplug. nanti dia bagila. apa susah2. lagi cepat dapat jawapan dari kita cari nama kat buku atau internet.

Okla, patah balik, setelah dah beli barang2, dengan kalimah bismillah, aku mulakan operasi

Barang2 dah ready untuk dipasang.

Drill ni dah berusia 6 tahun. brand skill. Alhamdulillah
Dulu beli x sampai RM 250. sesuai untuk kegunaan rumah

Mula2 aku masukkan drill bit dan penanda. kemudian aku samakan level hujung kedua-duanya.

Pastu aku ukur wall plug.
hujung wall plug kat no 11

So aku masukkan lagi kedalam penanda tu sampai no 11.
Kemudian aku mulakan drill. Tujuan penanda ni adalah sebagai indicator bila nak berhenti waktu drill. kalau xde penanda ni, kita x tau dah cukup dalam ke x lubang drill yang kita buat.
Dah siap setting, aku pun drill dan berhenti apabila dinding kena penanda aku.
Jangan lupa, tanda siap2 kat dinding kat mana nak drill.

Kemudian aku masukkan wall plug.
X akan amsuk abis, sebab saiz lubang kecik sedikit

Kemudian gunakan hammer, ketuk aje sampai masuk abis ke dalam.
abaikan comot tu ye. hehe
sepatutnya x kan comot

Kemudian ambik penyangkut rail, screw kan aje kat wall plug

kemudain, ambik rail, masukkan pada slot penyakut dan screwkan
dah siap.
 
aku check balik rail aku guna water level, Alhamdulillah, Cun
 
Sekian

Juki MO-50e - tapak Blind Hem/Lace foot

Assalamualaikum,
Kali ni aku nak kongsi hasil 'try and error' tapak mesin jahit tepi yang aku dah beli.
ada 6 jenis tapak yang aku dapat.

Untuk percubaan pertama, aku cuba tapak "Blind Hem/Lace foot"
Aku suka feature tapak ni, sebab dari hasil tapak ni, kita boleh jahit tepi dan kelim dengan sekali jahit aje.
 

Kalau kebiasaan, kita akan jahit tepi dulu, kemudian baru jahit kelim. Tapi ni x perlu.
Bunyi macam jimat masa dan menarik kan. tapi kena cuba dulu baru tau.
So dengan kalimah bismillah aku mulakan percubaan aku ni.

Mula2 aku buka manual. yela, kalau tengok tapak aje, aku x tau macam mana nak guna. Aku pun curious, macam mana la dia boleh jahit tepi dan kelim serentak. Ni manual dia. Follow aje amnual dia. jangan pening-pening.
manual
Definisi wrong side tu adalah bahagian dalam akin. yang orang x kan nampak. lebar kelim lak, kita boleh tentukan berapa lebar kita nak. lagi tinggi skill kita lagi kecil kelim kita buat. dah buat nanti, korang akan tau punya.
 

Selepas siap jahit, bawa keluar dari tapak mesin
Kemudian tarik kebawah aje kain kelim tu.
Hasil baru kuar dari tapak
 
inilah hasil dia. dari gambar x Nampak jahitan tu. so okla
tapi bagi sapa yang cerewet, confirm dia nak jahit tepi dan kelim berlainanan.
 
yang bestnya, selepas saya beli tapak ni, saya dah dapat kerja, alter jubah perempuan kat kain bawah.
tak susah pun, potong kat bahagian bawah, tapi buat curve sikit, kemudian guna aje tapak ni.
dapat upah untuk 3 helai jubah, potong dan jahit tak sampai 2 jam. dapat RM 5 x 3 = RM 15.
rezeki, Alhamdulillah. kerja KFC sejam rm 4. ni RM 7.50 sejam. hehe
 
tengah potomh kain jubah. pakai Olfa cutter. senang.
 
Sekian...
 
 

Renovate halaman rumah episod 9

Assalamualaikum,

ini laporan tang ke-9, pada 21.5.2016, Sabtu
Simen dan pasir baru dihantar pada hari Jumaat

Lantai simen lama telah abis dipecahkan
Dawai/wire mesh untuk simen konkrit ready bersandar kat dinding

Awal2 pagi lagi pekerja2 ni datang untuk bancuh simen.
5 orang gak. 2 muka baru
2 muka baru ni diupah khas onleh kontraktor aku untuk buat finishing simen

dah macam kolam

Nampak meriah sungguh.
waktu pagi dorang ratakan simen, secara kasar sampai rata.
Untuk bahagian simen baru, dawai diletak siap2 sebelum simen
kemudian selepas rehat tengah hari,
sambung untuk buat finishing simen, permukaan licin

Ni gambar selepas siap simen.

Nampak luas laman rumah aku.
 
Alhamdulillah, 2 hari x hujan. Simen cepat kering.
Selagi simen x proper kering, jangan lalu atas simen tu.
 
Sebelum balik, kontraktor ni tutup dengan akin kanvas. untuk elakkan simen rosak

simen ni naik 1" gakla dari permukaan lama

View halaman rumah aku
 
Sekian...


Rabu, 18 Mei 2016

Renovate halaman rumah episod 8

Assalamualaikum,

Ini laporan untuk aktiviti semalam 18.5.2016, Rabu
 

Simen lantai lama dah dipecahkan.
Longkang lama masih ada

lantai lama dah siap dipecahkan

lantai bawah yang asal dipecahkan sedikit secara rawak untuk pastikan lantai baru yang di simen kuat.
 
bawah carporch pun dah dipecahkan
 
Sekian..

Selasa, 17 Mei 2016

Renovate halaman rumah - Pemilihan cat

Assalamualaikum,

Pemilihan warna cat.
Pening..... x boleh cincai2 pilih warna. Yelah,
warna ni mainkan peranan sesuatu hasil kerja.
Pastu kalau dah cat, mau tunggu lagi 8 tahun baru cat baru.
haha, xpe, aku mulakan dulu warna cat. Cat yang akan digunakan brand SMART paints.
Muka surat luar katalog

Muka surat dalam katalog

Ingat tau, kalau nak cat luar tu, gunakan outdoor paint.sayang kalau pakai cat biasa, sebab tak tahan, pastu senang buruk. kita nak mengadap rumah ni hari-hari. jadi kena lah berlanja sikit untuk beli outdoor paint walaupun mahal. barulah kalau balik kerja nampak rumah, rasa penat kerja hilang. hehe. Tapi SMART paints ni pertama kali saya guna. sebelum ni saya guna Jotun paints. alhamdulillah, dah 6 tahun, cat masih cantik. Hope SMART paints tahan lasak juga.
Pilihan warna yang ada

Pilihan warna yang ada

warna impian aku
 
Impian warna rumah aku dari 6 tahun lepas adalah dark grey dan putih. macam bangunan Mc'D. kalau dalam katalog atas, macam bangunan cool neutral.tapi.... dah banyak perumahan gunakan tema warna ni.
nak sama dengan yang lain ke atau nak jadi kelainan?? Pening-pening aku dibuatnya
Setelah berbincang selama sejam dengan orang rumah, aku nak buat kelainan, akhirnya aku pilih warna biru gelap dan putih. hehe
Tapi.... sebelum tido, bini aku cakap x suka. huhu. katanya macam balai polis. BAgi aku baguslah... sebab.. kalau perompak nak rompak, x jadi sebab mesti dia fikir ni bangunan polis. lagipun kawasan perumahan aku xde sapa cat biru. barulah lain dari yang lain. cantik juga dark blue. Tapi bini dah x suka, xpela...
Warna pilihan aku yang baru - Blue thunder
 
 
 keesokkan paginya aku bangun, bini aku nak warna turqoise dan grey sebab dapat ilham dari baju anak.
Warna baju anak aku

warna cat yang hamper sama dengan baju warna anak aku
 
warna cat yang hamper sama dengan baju warna anak aku

 
Aku x setuju, sebab jiran belakang rumah warna ni. lagipun warna dinding bilik ni warna turqoise.
warna dinding bilik rumah aku
 
warna jiran rumah
jadi kena fikir lagi...
Aku pun snap gambar jiran-jiran dan bangunan yang aku rasa menarik. huhu. pening seh....

warna bangunan kilang
aku cadangkan warna purple gelap dan light grey. Tapi belum confirm
hari ni kena bagitau kontraktor warna apa.
warna dari google


kalau jadi warna purple, aku akan ambik propertic purple


dan warna Jane's gray untuk warna cornage dan line
 
nak tahu warna apa yang kami pilih, tunggula episod akhir blof renovate halaman rumah

Sekian....


 
biz.